Isnin, 1 Jun 2009

:: UNITAR ke PERMATA

Selepas tamat belajar di UNITAR, sebelum majlis konvokesyen... berkesempatanlah jugak berkhidmat di beberapa pusat TASKA dan sebagai GSTT di SK Kpg Hj. Baki sebelum berpeluang mengikuti kursus Pendidik PERMATA di Hotel Resident, UNITEN selama 4 minggu.

Mendengar berita hanya pada 01 jun 2009, manakala perlu melapor diri pada 04 jun di KPM... kemudian terus melapor diri di Hotel Resident pada 07 jun untuk berkursus selama 4 minggu. Perit rasanya apabila perlu berkejar masa yang rasanya begitu cepat berlalu. Apa2pun, rumah PakLang di Presint 14, Putrajaya mampu mengurangkan masalah yang dihadapi. Alhamdulillah. Terima kasih banyak kepada PakLang Azizi dan MakLang Dah...

Asal mula lebih berminat menjadi kaunselor di sekolah atau mana2 agensi lain sementelahan berkaitan dengan bidang yang diambil di UNITAR tempuh hari... bidang kaunseling.

Temuduga di BTP Kota Samarahan sebelum ini telah banyak mengubah keadaan dan perancangan awal. Kuasa Allah yang menentukan. Pihak PERMATA di Jabatan Perdana Menteri hanya menghubungi melalui telefon... tiada surat menyurat... menawarkan jawatan sebagai "pendidik"... jika menerima... perlu segera melapor diri di KPM. Berkesempatanlah jugak menghubungi ayah yang bertugas rasmi di luar stesyen... memohon pandangan... dan seperti biasa ayah akan memberi pandangan pro-kontranya di samping beberapa alternatif untuk direnung fikir.. dan menyerahkan kembali untuk diambil tindakan... keputusan di tangan sendiri, kata ayah. Jika tawaran PERMATA ini diterima... bermakna peluang menjadi kaunselor tertutup erat... dan tiada jaminan dilantik sebagai kaunselor dalam tempoh terdekat berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak BSM-KPM... jika tawaran ini ditolak.

Semua urusan ke KLIA diurus sendiri dengan bantuan mama dan along... dan sedikit lega apabila turut dibantu oleh PakLang sekeluarga. Terima kasih sekali lagi.